Buah laici Malaysia..agak kelakar gelar buah tersebut dengan nama tu…tapi itu yg selalu orang kat sini gelar..nama sebenar tak tau lagi…nanti saya cari. Mungkin ada sesiapa antara kalian yang tahu? Sepanjang 26 tahun hidup kat Malaysia..kali pertama saya makan buah tu di negeri Perlis..memang tak jumpa pun kat Selangor atau Kuala Lumpur..walhal saya pun berasal dari kampung di sana. Itupun nasib saya berkahwin dengan orang Perlis, kalau tak seumur hidup pun tak pernah makan kot buah nih..
Digelar laici maybe kerana rasanya yang seakan-akan rasa laici..walaupun tak semanis laici asal. Buah ini dikatakan tidak bermusim kerana sepanjang tahun pokoknya akan menghasilkan buah…dengan syarat cukup air dan matahari. Seperti yang berlaku di musim kemarau/ panas memanjang kat sini…saya perhatikan buah pun hampir-hampir tak ade…pokok pun macam dah nak mati je gamaknyer…tapi pokok masih lagi utuh dan membuahkan hasilnya setiapkali hujan membasahi bumi. So kalau anda nak cuba rasa buah ni meh la mai ke Perlis.
No comments:
Post a Comment