Antara delicious food yang boleh didapati di Perlis ni….Kuew Tiao Kerang Pak Nan…yang specialnya kuew tiao ni sebab Pak Nan (tukang masak) ni menggoreng masakannya menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan dapur arang…bukan calang-calang nak masak guna dapur ni…penat wehh…kena jaga api lagi, disamping memasak dengan tangkasnya bagi memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi tanpa memakan masa yang lama. Nak cerita lagi sebab apa kuew tiao pak nan ni best..sebab kerang nya yang banyak..tiap kali kita suap kuew tiao tu ke mulut, kiranya ada la kerang yang turut serta masuk dalam mulut kita tuh..haha…(cuba tengok timbunan cengkerang kerang kat belakang kedai dia). Nak tau lokasi nya dimana? Betul-betul kat simpang tiga traffic light di JPJ Jejawi. (ish kena bayar komisen nih..hehe..tolong promote le katakan). Kalau sekali lalu memang tak perasan walaupun selalu lalu kat situ..sebab my member (orang perlis gak) tak pernah tau kedai ni wujud walaupun selalu berulang alik lalu jalan ni sebab kedai ni warisan orang dedulu…takla uzur sgt..cuma bukan tahap restaurant gitu…So sesiapa yang terliur nak pi makan kat sana…pi la time dah pukul 6 petang ke atas…siang tak de ye cek…
My favorite bile pi makan kat sana..mesti nak order skali dengan milo ais nya…sungguh kaw kaw rasanya (anak dara pak nan yang tolong buat).
1 comment:
nanti kalau kitorang datang Perlis jgn luper nak ajak gi sana tau. bad memang suka kuew tiaw kerang nih...
Post a Comment