Tuesday, December 1, 2009

Menyulam padi


Abang dengan aksi hensemnyer..

Istilah menyulam selalunya kita guna untuk baju kan. Tapi lain pula halnya kalau kita gunakan untuk pertanian. Istilah menyulam juga digunakan untuk menyulam padi iaitu menanam anak-anak padi yang dah disemai selama dua-tiga minggu. Cabut dulu dari tapak semaian then kita tanamlah kat mana lopak-lopak kosong dalam bendang tu.

Biasanya kaedah tabur benih digunakan untuk penanaman padi..tapi tak selalunya petak yang ditabur tu akan tumbuh anak padi atas banyak sebab la. Akibatnya ada la bahagian yang mungkin kosong. So kenalah tanam anak padi kat lopak-lopak kosong tu.Kalau tengok gambar kat atas tu..besar la kirenya lopak tuh...ambik masa 3 hari nak penuhkan dengan anak padi. Kalau tak silap 20 ikat diperlukan...jenuh jugak pinggang ni..rasa macam nak tercabut..iyelah...mana taknya...dua tahun sekali buat keje nih. Biarpun penat tapi seronok...nak join menyulam? Meh mai perlis. Tapi kena tunggu musim akan datang la yer..

No comments:

Contributors