Sunday, November 22, 2009

Nur insyirah masuk wad lagi



Kesian kat anak umi nih, lepas raya puasa baru ni kena masuk wad 2 malam.la ni..kena masuk wad lagi..bermukim 4 hari la pula.Masuk 19/11 then discaj 22/11 petang ahad. Platlet syirah makin berkurangan, pelik kan..last month platlet darah die 33 then jatuh tinggal 7 jer..jumlah platlet dalam darah yang normal for baby antara 150 ke 400... tu yang seluruh badannya berbintik merah. Sekali imbas serupa dengan gejala demam campak. Tapi tak de demam..suhu badan ok...Doktor kata syirah mengalami "auto imun" yakni sistem antibodi badan dia attack platlet dalam badan...kire kes antibodi yang penin lalat lah ni sampai tak kenal yang mana satu sel baik dan sel jahat.

So far, walaupun darah syirah kurang platlet..syirah still aktif sangat sehingga doktor pesan suruh letak bantal kecil kat keliling katil nya..mana tau kot terhantuk ke apa kan…sebab syirah amat mudah sangat lebam kalau terkena benda keras.

First time masuk wad doktor tak bagi apa-apa ubat. Just pantau perkembangan platlet sahaja. Memang lambat la nak hilang bintik merah tu sehingga muncul balik bintik merah di seluruh badan. So bila jumpa pakar pada hari khamis 19/11, doktor tu lihat bintik merah semakin banyak dari last month, terus je kena masuk wad. Adus...umi tak sanggup nak dok wad tu lama-lama la syirah..tapi kali kali kedua ni umi rasa ok la pula, maybe dah ada pengalaman..so kire ok lah...dapat lak berkenalan dengan ibu-ibu yang lain...takda rasa jemu sangat...kami bertukar-tukar pengalaman..dari hal menjaga anak sampai la hal umum yang lain.

Thanks pada doktor dan nurse-nurse kat wad 7 ni, depa memang baik hati sangat. So far, so good...alhamdulillah takde masalah time umi duduk bermukim kat sana.

1 comment:

Yati said...

Ciannyer dia..
tapi nak camne ekk.. sabo jer la..
make sure jgn bagi dia main lasak sangat.. lebam plak nanti..

Contributors